Wednesday, April 1, 2009

AKTIVITI USAHAWAN~PENUBUHAN KOPERASI PELANCONGAN~

Tanggal 15 march 2009, pada hari ahad bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Bunuk telah berlangsung taklimat mengenai penubuhan koperasi yanga akan ditubuhkan. Taklimat ini telah diberikan oleh En.Osman bin Ismail,Pegawai Esekutif Koperasi Negeri Sarawak.
Koperasi yang akan ditubuhkan lebih tertumpu kepada koperasi pelancongan memandangkan kampung bunuk mempunyai tempat yang sesuai untuk dikunjungi kerana kaya dengan keindahan semulajadi. selain itu juga, kampung bunuk lebih dikenali diluar negara kerana terkenal dengan sejarah lama dan masin mempunyai rumah panjang tradisional.

Seramai 53 orang penduduk kampung yang berdaftar dalam Koperasi pelancongan ini. kepentingan koperasi ini untuk membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung memandangkan ekonomi pada masa ini tidak stabil.Objektif penubuhan koperasi ini adalah bertujuan untuk:

  1. melahorkan usahawan
  2. memperkenalkan hasil dari golongan wanita
  3. mempromosikan industri kraftangan secara profasional
  4. menjana dan meningkat pendapatan penduduk kampung
  5. mengalakkan masyarakat menyertai dalam bidang pelancongan.

Setelah selesai taklimat, sesi soal jawab dibukakan kepada penduduk kampung yang masih keliru dengan penubuhan koperasi ini.











































No comments: