Friday, March 27, 2009

SELAMAT DATANG KE PPIK KG.BUNUK


Kg.Bunuk terletak di Penrissen di bahagian luar bandar Kuching di Negeri Sarawak. Jarak Kg.Bunuk hanya 34 kilometer dari bandar kuching. Kg. Bunuk adalah kampung yang sangat bertuah kerana dipilih menjadi pusat komuniti. Dengan itu, Pusat Perkhidmatan & Ilmu Komuniti(TELECENTER) telah dituduhkan untuk meningkatkan pengetahuan penduduk kawasan luar bandar. Tujuan PPIK ditubuhkan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar. Selain itu, tujuan penubuhan ppik juga untuk membolehkan penduduk berinteraksi dengan negara-negara lain. Para belia boleh mencari peluang pekerjaan melalui telecenter ini. Penduduk kampung juga tidak payah membuang masa lagi untuk menguruskan kerja harian mereka seperti membayar bil elektrik, membayar pinjaman dan lain-lain lagi kerana di PPIK(TELECENTER) telah menyediakan semua kemudahan itu.