Monday, April 13, 2009

MESYUARAT AGUNG PERTAMA DAN PENUTUPAN PENDAFTARAN AHLI KOPERASI

Pada 5 april 2009 sekali lagi bertempat di Dewan Serbaguna Kg.Bunuk mesyuarat Agung yang pertama telah diadakan. Mesyuarat Agung yang pertama ini telah di pengerusi oleh En. Kala Salleh, Pegawai Penyelia Koperasi Daerah Serian.
Sekali lagi dalam mesyuarat ini beliau memberi penerangan kepada ahli-ahli kopersi tenteng tindakan selanjutnya.

Pada hari itu juga penduduk yang belum mendaftar menjadi ahli koperasi boleh berdaftar dan pada hari yang sama penutupan pendaftaran hari baru. Kini ahli Koperasi telah meninkat kepada 80 orang termasuk ahli kelab ppik.


YB Dato' DR James Dawos Mamit ,ahli Parliment P.198 Mambong telah dijemput untuk acara penutupan pendaftaran ahli koperasi.



Disini juga beliau telah menyentuh tentang peruntukan dan dana untuk disumbangkan kepada ahli-ahli koperasi yang terlibat dalam homestay. Ini salah satu tujuan untuk menaik taraf kemudahan yang telah disediakan oleh ahli homestay contohnya tandas, bilik tidur dan sebagainya.





Ahli-ahli koperasi memberi tumpuan sepenuhnya semasa mesyuarat diadakan. Mesyuarat Agung pertama tamat jam 1.30 petang. Selepas mesyuarat aktiviti jugle traking diadakan. perserta terdiri dari ahli kelab ppik dan homestay.



No comments: