Tuesday, April 14, 2009

Attraction

Pusat informasi pelancong. Pelancong perlu membayar yuran kemasukan sebelum ke rumah panjang dan "panggah".
Jalan masuk ke rumah panjang dan "panggah". Keindahan alam semulajadi dan salah satu tarikan pelancong ke kg.bunuk.
Verandah dimana dalam bahasa bidayuh dipanggil "awah". Tempat dimana penduduk duduk melepak atau bersembang ketika ada masa lapang.


"tanju" tempat penjemuran padi dsn juga pakaian.



"panggah" dimana tempat tengkorak disimpan pada zaman "head Hunter".



Peralatan ini digunakan ketika pesta gawai. Salah satu alat muzik kaum bidayuh.


Sample "rumah Panjang" pada zaman dahulu.





Disinilah tempat memasak pada zaman dahulu menggunakan kayu api.




tengkorak manusia yang di penggal oleh Head Hunter pada zaman dulu masih lagi disimpan untuk tatapan pelancong.











Monday, April 13, 2009

MESYUARAT AGUNG PERTAMA DAN PENUTUPAN PENDAFTARAN AHLI KOPERASI

Pada 5 april 2009 sekali lagi bertempat di Dewan Serbaguna Kg.Bunuk mesyuarat Agung yang pertama telah diadakan. Mesyuarat Agung yang pertama ini telah di pengerusi oleh En. Kala Salleh, Pegawai Penyelia Koperasi Daerah Serian.
Sekali lagi dalam mesyuarat ini beliau memberi penerangan kepada ahli-ahli kopersi tenteng tindakan selanjutnya.

Pada hari itu juga penduduk yang belum mendaftar menjadi ahli koperasi boleh berdaftar dan pada hari yang sama penutupan pendaftaran hari baru. Kini ahli Koperasi telah meninkat kepada 80 orang termasuk ahli kelab ppik.


YB Dato' DR James Dawos Mamit ,ahli Parliment P.198 Mambong telah dijemput untuk acara penutupan pendaftaran ahli koperasi.



Disini juga beliau telah menyentuh tentang peruntukan dan dana untuk disumbangkan kepada ahli-ahli koperasi yang terlibat dalam homestay. Ini salah satu tujuan untuk menaik taraf kemudahan yang telah disediakan oleh ahli homestay contohnya tandas, bilik tidur dan sebagainya.





Ahli-ahli koperasi memberi tumpuan sepenuhnya semasa mesyuarat diadakan. Mesyuarat Agung pertama tamat jam 1.30 petang. Selepas mesyuarat aktiviti jugle traking diadakan. perserta terdiri dari ahli kelab ppik dan homestay.



Wednesday, April 1, 2009

AKTIVITI USAHAWAN~PENUBUHAN KOPERASI PELANCONGAN~

Tanggal 15 march 2009, pada hari ahad bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Bunuk telah berlangsung taklimat mengenai penubuhan koperasi yanga akan ditubuhkan. Taklimat ini telah diberikan oleh En.Osman bin Ismail,Pegawai Esekutif Koperasi Negeri Sarawak.
Koperasi yang akan ditubuhkan lebih tertumpu kepada koperasi pelancongan memandangkan kampung bunuk mempunyai tempat yang sesuai untuk dikunjungi kerana kaya dengan keindahan semulajadi. selain itu juga, kampung bunuk lebih dikenali diluar negara kerana terkenal dengan sejarah lama dan masin mempunyai rumah panjang tradisional.

Seramai 53 orang penduduk kampung yang berdaftar dalam Koperasi pelancongan ini. kepentingan koperasi ini untuk membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung memandangkan ekonomi pada masa ini tidak stabil.Objektif penubuhan koperasi ini adalah bertujuan untuk:

  1. melahorkan usahawan
  2. memperkenalkan hasil dari golongan wanita
  3. mempromosikan industri kraftangan secara profasional
  4. menjana dan meningkat pendapatan penduduk kampung
  5. mengalakkan masyarakat menyertai dalam bidang pelancongan.

Setelah selesai taklimat, sesi soal jawab dibukakan kepada penduduk kampung yang masih keliru dengan penubuhan koperasi ini.